Gaza terkini: Tentera Israel bergerak perlahan di Gaza, Hamas

Gaza terkini: Tentera Israel bergerak perlahan di Gaza, Hamas balas serangan darat Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pejuang Hamas melancarkan peluru berpandu anti kereta kebal serta tembakan mesingan dalam serangan balas ke atas tentera Israel di utara dan selatan Gaza hari ini sewaktu kenderaan perang itu menyerang bandar utama yang menggusarkan nasib orang awam Palestin.

Tentera Israel ketika ini sedang memperluaskan operasi darat di Gaza dengan alasan mahu menghukum Hamas.

Saksi berkata, rejim Zionis menyasarkan jalan utama utara-selatan Gaza sejak semalam dan menyerang Bandar Gaza dari dua arah.

Israel juga mendakwa, tenteranya berjaya membebaskan seorang askar daripada tahanan Hamas, seorang daripada 239 tebusan yang dikatakan Israel ditangkap pada 7 Oktober lalu.

Briged al-Qassam, sayap bersenjata pergerakan Hamas yang mentadbir Gaza berkata, pejuangnya bertempur awal hari ini apabila tentera Zionis menyerbu paksi selatan Gaza, dengan menggunakan mesingan malah menyasarkan empat kenderaan menggunakan peluru berpandu al-Yassin 105 atau peluru berpandu anti kereta kebal keluaran tempatan.

Kata al-Qassam lagi, pejuang mereka turut menyasarkan dua kereta kebal dan jentolak Israel di barat laut Gaza dengan peluru berpandu.

Sementara itu, pihak berkuasa kesihatan Gaza memaklumkan 8,306 orang, termasuk 3,457 kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara dan darat Israel.

Pakar ketenteraan berkata, tentera Israel bergerak perlahan dalam serangan darat mereka di Gaza untuk memberi peluang terhadap kemungkinan Hamas akan berunding mengenai pembebasan tebusan.

Tentera Israel berkata, mereka juga sudah menyerang lebih 600 sasaran pejuang Hamas sejak beberapa hari lalu di Gaza, yang kronik akibat pemutusan bekalan keperluan penting.

Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, lebih sejuta daripada kira-kira 2.3 juta penduduk awam Gaza sudah kehilangan tempat tinggal akibat pengeboman Israel. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya