EU komited sokong PBB desak gencatan senjata di Gaza, Israel - Utusan Malaysia

EU komited sokong PBB desak gencatan senjata di Gaza, Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUXEMBOURG: Kesatuan Eropah (EU) secara konsensus berharap tempoh gencatan kemanusiaan disegerakan supaya bantuan keperluan asas boleh disalurkan kepada penduduk Gaza dalam perang Palestin-Israel.

Bagaimanapun tiga negara tidak menyatakan pendirian dalam hal ini.

Menurut Ketua Dasar Luar EU, Josep Borell, agenda bantuan kemanusiaan perlu dibuat segera atas seruan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), membantu rakyat Gaza yang berdepan kepungan oleh Israel.

“Situasi kemanusiaan sangat mengerikan dan satu-satunya perkara yang boleh kami lakukan ialah meminta gencatan kemanusiaan dan meningkatkan akses kepada pihak kemanusiaan.

“Inilah yang ada di tangan kami dan itulah yang kami lakukan.

“Semua kapasiti politik akan dilibatkan termasuk sumber kewangan, kapasiti logistik kami untuk membuat sokongan kemanusiaan sampai ke sempadan, pergi ke Gaza dan membuat tekanan dalam perintah untuk hormati undang-undang perang.

“Ini yang ada di tangan kami dan itulah yang kami lakukan,” katanya.

Menurut EU, mereka sedang merangka kenyataan menyokong saranan PBB untuk dikemukakan dalam Sidang Kemuncak EU yang akan diadakan pada 26 hingga 27 Oktober ini.

Meskipun terdapat negara anggotanya menentang, Borell memberitahu akan menggunakan konsensus sebulat suara dan proses bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa ada sebarang halangan dari mana-mana pihak.

Jelasnya, EU tetap berpandangan bahawa perang berlanjutan lebih dua minggu ini akan membawa lebih kemusnahan.

Sehubungan itu, EU akan melakukan apa sahaja untuk menyokong saranan PBB, selain menuntut Israel menghormati undang-undang perang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya