Enam kuasa besar sudah tidak tahan saksi penderitaan penduduk Gaza

Enam kuasa besar juga sudah tidak tahan saksi penderitaan penduduk Gaza

BEBERAPA kanak-kanak menyalakan lilin sebagai tanda solidariti terhadap Palestin dalam satu acara di Beirut, Lubnan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pemimpin Kanada, Perancis, Jerman, Itali, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) menegaskan Israel mesti mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan melindungi orang awam

Walaupun masih menyokong Israel, pemimpin negara-negara itu, dalam kenyataan bersama, berkata, mereka mahu melihat ‘penyelesaian politik dan keamanan yang bertahan lama’ di Asia Barat.

Semua pemimpin terbabit juga memberi jaminan akan menggunakan usaha diplomatik termasuk dengan ‘rakan kongsi utama di rantau itu’ untuk menghalang konflik daripada merebak.

Enam negara itu juga mengalu-alukan pembebasan dua tebusan AS yang ditahan oleh pejuang Hamas dan menggesa pembebasan segera semua tebusan yang masih ada.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan selepas panggilan telefon yang dibuat oleh Presiden AS, Joe Biden pada malam Ahad.

Pemimpin lain yang turut serta dalam dalam panggilan itu ialah Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau; Presiden Perancis, Emmanuel Macron; Canselor Jerman, Olaf Scholz; Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni dan Perdana Menteri UK, Rishi Sunak.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, memberi amaran bahawa perang dengan Hamas mungkin mengambil masa berbulan lamanya.

“Biarpun, sebulan, dua bulan atau tiga bulan, pada akhirnya tidak akan wujud lagi Hamas,” katanya yang tetap menolak kemungkinan sebarang rundingan damai diadakan.

Di serata dunia, baik kawan mahupun lawan Israel, menasihati rejim Zionis itu supaya jangan membiarkan perang di Gaza merebak menjadi isu serantau di Asia Barat.

Perdana Menteri Israel, Minister Benjamin Netanyahu, pula memberi amaran kepada pejuang Hizbullah supaya jangan terbabit dengan Hamas kerana itu akan menjadi ‘kesilapan terburuk dalam hidupnya’.

Hamas, Hezbollah dan Syria yang disokong oleh Iran yang menentang kewujudan Israel, memberi amaran perang Israel-Palestin boleh bertambah besar sehingga di luar kawalan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya