Empat maut, kereta api tergelincir di India

Empat maut, kereta api tergelincir di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATNA: Sekurang-kurangnya empat orang maut dan beberapa lagi cedera apabila sebuah kereta api ekspres tergelincir dari landasan di negeri Bihar, India.

Akhbar Times of India melaporkan kereta api dari stesen Terminal Anand Vihar di Delhi tergelincir dari landasan kira-kira pukul 9.35 malam (waktu tempatan) semalam ketika melakukan perjalanan ke Persimpangan Kamakhya di Assam.

“Empat orang disahkan meninggal dunia dan operasi menyelamat sedang dijalankan.

“Sebanyak 21 gerabak tren itu tergelincir dari landasan,” kata Pengurus Besar East Central Railway, Tarun Prakash.

Agensi berita ANI juga melaporkan empat orang maut dalam insiden itu.

Setakat ini, punca kejadian kereta api tergelincir masih belum didedahkan.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan bagi kereta api, Ashwini Yashnaw menerusi laman media sosial memaklumkan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian kini sudah tamat.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang kehilangan individu tersayang mereka,” katanya sambil menegaskan `punca’ kejadian itu akan disiasat secepat mungkin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya