Denggi bakal jadi ancaman terbesar di Eropah, AS - Utusan Malaysia

Denggi bakal jadi ancaman terbesar di Eropah, AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Demam denggi bakal menjadi ancaman besar di selatan Amerika Syarikat (AS), selatan Eropah dan beberapa bahagian di Afrika dalam dekad ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ketua saintis WHO memaklumkan, suhu yang lebih panas secara tidak langsung menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan nyamuk dan menyebarkan penyakit berjangkit.

Denggi sudah lama mencengkam di Asia dan Amerika Latin, menyebabkan sekurang-kurangnya 20,000 kematian setiap tahun.

Kadar penyakit itu juga meningkat lapan tahun berturut-turut sejak 2000, dipercayai diakibatkan oleh perubahan iklim dan pertambahan populasi.

Selain itu, banyak kes tidak direkodkan, namun pada 2022, sebanyak 4.2 juta kes dilaporkan di seluruh dunia.

Bangladesh kini berdepan jangkitan meluas, menyaksikan lebih 1,000 orang maut.

“Kita perlu berbincang lebih lanjut mengenai denggi. Kita perlu membantu negara-negara itu bersedia dengan situasi terburuk.

“Kita perlu bantu mereka untuk berdepan wabak ini,” kata pakar penyakit berjangkit WHO, Jeremy Farrar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya