LONDON: Sebungkus coklat cenderamata diraja dipercayai berasal dari tahun 1935, ditemukan di bawah katil seorang wanita warga emas di England.
Cenderamata diraja itu dijumpai kira-kira 88 tahun selepas bapa wanita itu memintanya untuk tidak makan coklat berkenaan.
Lapor Daily Mail, Vera Petchell dari Beeston, Leeds diberikan bungkusan coklat itu ketika berusia lapan tahun sempena memperingati sambutan Jubli Perak pemerintahan Raja George V dan Ratu Mary.
Vera tidak pernah makan coklat itu kerana dimaklumkan oleh bapanya bahawa ia mungkin bernilai suatu hari nanti dan telah menyimpannya selama 82 tahun.
Namun, kira-kira enam tahun lalu, Vera ketika berusia 90 tahun menyangka bungkusan coklat itu sudah hilang.
Vera meninggal dunia pada usia 95 tahun pada November tahun lalu.
Anak-anak Vera menemukan bungkusan coklat itu dibawah katil ketika membersihkan bilik ibunya.
Bungkusan coklat itu ditemukan tersembunyi di dalam sebuah tin gula-gula di belakang laci yang diletakkan di bawah katil Vera.
Cenderamata diraja itu dipercayai boleh meraih ratusan pound dalam acara lelongan.