China janji hulur lebih banyak bantuan kemanusiaan untuk Gaza - Utusan Malaysia

China janji hulur lebih banyak bantuan kemanusiaan untuk Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China akan terus menghulurkan bantuan kemanusiaan untuk Semenanjung Gaza bagi membantu penduduk tempatan yang terjejas akibat konflik Palestin-Israel.

Jurucakap Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA) Xu Wei pada Khamis berkata, China dukacita menyaksikan kehilangan nyawa dan kecederaan melibatkan orang awam serta situasi kemanusiaan yang semakin parah berikutan konflik itu.

Bagi membantu mengurangkan situasi kemanusiaan di Gaza, kerajaan China memutuskan untuk menghantar lagi bantuan kemanusiaan bernilai 15 juta yuan (RM9.8 juta) yang merangkumi bahan makanan dan ubat-ubatan kepada Gaza.

Terdahulu, China memberikan bantuan tunai sebanyak AS$1 juta (RM4.77 juta) melalui Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin (PNA) dan Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya