FLORIDA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menembak dua rakan sebayanya berikutan pertengkaran yang bermula semasa latihan bola sepak Pop Warner di Florida, Amerika Syarika (AS).
Menurut pihak berkuasa, kanak-kanak berkenaan mengambil pistol itu dari kotak yang tidak berkunci di dalam kenderaan ibunya dan melepaskan satu das tembakan.
Tembakan tunggal berkenaan terkena lengan seorang remaja, manakala seorang lagi di bahagian tengah badan.
Polis berkata, video pengawasan menunjukkan kedua-dua remaja itu, yang berada dalam keadaan stabil, melarikan diri daripada kanak-kanak itu apabila tembakan dilepaskan.
Tembakan dilaporkan berlaku kira-kira pukul 8.18 malam dan pegawai tiba di tempat kejadian kira-kira empat minit kemudian dan merampas pistol daripada kanak-kanak itu serta menahannya.
Kanak-kanak lelaki itu kemudian didakwa dengan satu pertuduhan cubaan membunuh tahap dua dan dimasukkan ke pusat penilaian juvana.
Sementara itu, ibu kepada kanak-kanak berkenaan akan menghadapi pertuduhan salah laku tahap kedua kerana meninggalkan pistol tanpa pengawasan.
Polis berkata, sebarang pertuduhan tambahan akan bergantung kepada sistem mahkamah.