Bot laju dorong kepupusan ikan paus Atlantik Utara

Bot laju dorong kepupusan ikan paus Atlantik Utara

BANGKAI ikan paus Atlantik Utara terdampar di pesisir pantai New Brunswick, Kanada.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Spesies ikan paus Atlantik Utara yang hampir pupus dilaporkan semakin terancam akibat tindakan pengemudi kapal dan bot bergerak melebihi had laju di zon perlahan yang ditetapkan di kawasan perairan Amerika Syarikat (AS).

Hanya sekitar 340 ekor spesies paus itu yang tinggal kini namun sering cedera dan mati akibat dilanggar bot atau kapal kerana tabiatnya gemar berenang dekat ke permukaan selain warnanya yang gelap hingga sukar dikesan.

Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan mengeluarkan peraturan kelajuan di AS pada 2008 dengan semua kapal atau bot mesti bergerak pada 10 knot atau kurang di zon tertentu yang dipanggil kawasan pengurusan bermusim di sepanjang pantai timur AS untuk membantu melindungi ikan paus.

Tetapi menurut laporan kumpulan pemuliharaan Oceana, pengangkutan air di laluan tersebut termasuk kapal kargo dan kapal layar mewah direkodkan melakukan perjalanan lebih tiga kali ganda had laju yang ditetapkan.

“Bot laju membunuh banyak paus Atlantik Utara. Zon kelajuan yang dikuatkuasakan dengan baik adalah cara paling berkesan untuk melindungi ikan paus daripada ancaman .

“Zon perlahan adalah setanding dengan zon perlahan di sekolah untuk melindungi kanak-kanak. Ia bertindak sebagai had laju yang diperlukan untuk menawarkan perlindungan daripada serangan di mana paus Atlantik Utara sering ditemui,” kata Pengarah Kempen Kumpulan Pemuliharaan Oceana, Gib Brogan.

Tempat pembiakan spesies ikan paus tersebut terletak di perairan Florida, Georgia dan Carolina Selatan namun sejak 2017, serangan bot serta kapal di AS dan Kanada menyebabkan lebih 12 ekor terbunuh.

Kajian mendapati bahawa mengehadkan kelajuan bot kepada 10 knot dapat mengurangkan risiko kematian ikan paus sehingga 90 peratus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya