TEL AVIV: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken dilaporkan tiba di Tel Aviv bagi mempamer solidariti terhadap Israel berikutan serangan pejuang Hamas Sabtu lalu.
Blinken dijangka meminta pembebasan tebusan yang diculik oleh Hamas yang turut melibatkan warga AS.
Beliau juga akan menggesa usaha mengurangkan ketegangan konflik dan mencari laluan selamat untuk orang awam Gaza berikutan rancangan serangan darat Israel.
Sekurang-kurangnya 1,200 warga Israel maut dalam serangan itu dan lebih 1,200 warga Palestin terkorban dalam serangan udara ke atas Gaza.
Kira-kira 22 warga AS juga dipercayai antara mangsa yang maut di Israel.-AGENSI