Biden seru rakyat AS belanja lebih bantu Israel gempur Hamas

Biden seru rakyat AS belanja lebih bantu Israel gempur Hamas

JOE BIDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden meminta semua rakyat negara ini supaya berbelanja ‘bilion dolar’ bagi membantu Israel bertempur dengan Hamas selepas Kementerian Pertahanan Israel memaklumkan tenteranya bersedia melancarkan serangan darat di Gaza.

Menerusi ucapan yang disiarkan menerusi televisyen, Biden menyifatkan Hamas dan Presiden Russia, Vladimir Putin sebagai ‘sama-sama memusnahkan’.

Biden yang melakukan kunjungan selama lapan jam ke Israel kelmarin turut menekankan bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza yang ketika ini kekurangan bekalan makanan, ubatan dan air bersih.

“Kita tidak boleh menafikan atau membuat tidak endah keadaan penduduk di Gaza ketika ini,” kata Biden.

Selain itu, Biden memberitahu, Kongres meluluskan dana tambahan untuk Israel dan menurut sumber, jumlah dana itu dianggarkan sebanyak AS$14 bilion (RM67 bilion).

Jelas Biden, bantuan dana tersebut akan mengukuhkan sektor pertahanan Israel.

“AS perlu sokong negara sekutu seperti Israel dan semua bantuan ini boleh menjamin keselamatan negara kita bagi jangka panjang,” ujarnya.

Dalam pada itu, usaha Biden bersama Mesir dan Israel dalam menguruskan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza menerusi lintasan Rafah mungkin pudar.

Hal ini kerana, terdapat sumber menyatakan kemungkinan lintasan itu tidak dibuka kerana perlu dibaiki struktur jalannya.

Biden sebelum ini memaklumkan sebanyak 20 daripada 150 trak bantuan kemanusiaan akan masuk ke Gaza. – REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya