Biden dakwa Hamas mahu jejas hubungan baik Arab Saudi-Israel

Biden dakwa Hamas mahu jejas hubungan baik Arab Saudi-Israel

JOE Biden bertemu dengan Putera Mohammed bin Salman di Jeddah, Arab Saudi pada Julai lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden percaya serangan Hamas di wilayah Israel pada 7 Oktober lalu adalah untuk menjejaskan ‘hubungan semakin akrab’ antara Israel dengan Arab Saudi.

“Satu sebab kenapa Hamas bertindak demikian adalah kerana mereka tahu Israel dan Arab Saudi semakin akrab.

“Arab Saudi mahu mengiktiraf Israel dan menjalin hubungan diplomasi,” katanya.

Pada 14 Oktober lalu, pegawai kerajaan Arab Saudi semasa kunjungan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken memaklumkan bahawa negara itu menggantung rundingan dengan Israel berhubung langkah normalisasi hubungan.

Pemimpin de facto Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman sudah berbincang dengan Israel, namun beliau masih menekankan kebebasan rakyat Palestin.

Negara teluk itu tidak pernah mengiktiraf Israel, selain tidak menyertai Perjanjian Abraham 2020 yang diusahakan oleh AS.

Perjanjian itu menyaksikan beberapa negara Arab seperti Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Maghribi menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

Pentadbiran Biden sebelum ini menekan Arab Saudi supaya mengikut jejak langkah yang sama dengan Riyadh menuntut pertukaran jaminan keselamatan dari Washington dan bantuan dalam membangunkan program nuklear awam.

Menerusi wawancara bersama Fow News pada bulan lalu, Putera Mohammed menyatakan beliau ‘sudah semakin hampir’ untuk menormalisasikan hubungan dengan Israel dan pada masa sama, menekankan supaya Palestin diberi kebebasan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya