Bangladesh rekod lebih 300 kematian akibat denggi dalam tempoh sebulan - Utusan Malaysia

Bangladesh rekod lebih 300 kematian akibat denggi dalam tempoh sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Bangladesh terus mencatat rekod terburuk bagi kematian akibat wabak denggi dengan mencatat 396 kematian pada September, bulan terburuk sejak tahun 2000.

Dalam pada itu, itu hampir 80,000 pesakit demam denggi dimasukkan ke hospital bulan lalu, manakala Ogos menyaksikan 342 kematian akibat penyakit bawaan nyamuk itu, lapor Agensi Anadolu, memetik Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan (DGHS).

Pihak berkuasa kesihatan hari ini melaporkan 14 kematian baharu setakat semalam, termasuk lapan dari ibu negara, Dhaka, dengan tiada tanda-tanda menunjukkan keadaan akan bertambah baik.

Jumlah kematian setakat ini mencecah 989 kes termasuk 639 di Dhaka. Jumlah keseluruhan pesakit demam denggi meningkat kepada 203,406 kes dengan tambahan 2,425 lagi kes kemasukan ke hospital, menurut data DGHS.

Kadar kematian dan kemasukan ke hospital kini berada pada tahap tertinggi sejak negara itu mula merekodkan statistik wabak denggi pada 2000. Tahun lalu, Bangladesh melaporkan 281 kematian akibat denggi.

Musim monsun kali ini dengan kesejukan luar biasa di Bangladesh memudahkan nyamuk pembawa virus denggi membiak di dalam air yang kotor dan bertakung.

Kementerian Kesihatan kini bergelut untuk membendung penularan penyakit itu dan hospital-hospital mengalami lebihan kapasiti pesakit yang meruncing.

Dalam kes yang teruk, denggi menyebabkan pendarahan dalaman yang boleh menyebabkan kematian. Gejalanya termasuk sakit kepala, loya, sakit sendi dan otot.

Denggi pernah menjadi penyakit bermusim di Bangladesh, tetapi disebabkan monsun yang lebih panas dan lembap akibat perubahan iklim, ia berlaku lebih kerap sejak wabak pertama yang direkodkan pada 2000.

Kementerian Kesihatan Bangladesh berkata, gelombang jangkitan semasa menyebabkan negara itu tidak berjaga-jaga, kerana ia dibawa oleh strain virus yang lebih kuat.

Doktor menyatakan keadaan pesakit denggi semasa merosot jauh lebih cepat berbanding beberapa tahun kebelakangan ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, jangkitan denggi dilaporkan di semua 64 daerah di Bangladesh, dengan ratusan pesakit membanjiri hospital di ibu kota Dhaka untuk mendapatkan rawatan, walaupun kebanyakannya sudah melebihi kapasiti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya