Bancuh teh paling baik hilangkan tekanan - Utusan Malaysia

Bancuh teh paling baik hilangkan tekanan

MEMBANCUH teh merupakan satu daripada aktiviti paling popular untuk meredakan tekanan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu kajian mendedahkan melakukan kerja-kerja rumah seharian boleh menjadi kaedah terbaik untuk merehatkan diri.

Lapor Daily Mail, tugasan harian seperti menyiram pokok dan menyidai pakaian dibasuh dikatakan merupakan antara aktiviti yang mampu menghilangkan tekanan.

Hampir satu perempat daripada 2,000 orang dikaji dalam tinjauan pendapat dijalankan eBay mendapati kerja memvakum paling menyenangkan.

“Kira-kira 18 peratus responden memaklumkan kerja membaiki kenderaan adalah amat memanfaatkan.

“Sebanyak 31 peratus orang pula berpandangan memetik daun herba yang ditanam dan menyiram pokok sebagai aktiviti melegakan.

“Manakala, 28 peratus yang lain mengakui gemar menyidai pakaian yang dibasuh,” jelas laporan itu.

Berdasarkan kajian itu, hampir 49 peratus responden memilih kerja membancuh teh atau kopi sebagai aktiviti paling popular untuk meredakan tekanan.

Menurut kajian, kira-kira 91 peratus orang bersetuju dengan pandangan bahawa tugasan harian mampu memberikan ketenangan.

Malah, 56 peratus responden percaya melakukan kerja rumah biasa boleh menjadi lebih menyenangkan berbanding kaedah tradisional seperti meditasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya