Australia hantar lebih banyak pesawat, tentera ke Asia Barat

Australia hantar lebih banyak pesawat, tentera ke Asia Barat 

RICHARD MARLES 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Kerajaan Australia memaklumkan negaranya mengerahkan dua lagi pesawat tentera dan sejumlah anggota pertahanan ke Asia Barat untuk membantu rakyatnya di sana sekiranya konflik berterusan antara Israel dan Hamas semakin memburuk.

Menteri Pertahanan Richard Marles berkata, negaranya sudah menghantar pesawat Boeing C-17 dan pesawat mengisi bahan api yang mempunyai kapasiti untuk membawa penumpang sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kepada tiga.

Beliau tidak mendedahkan jumlah anggota pertahanan yang dikerahkan dan lokasi pesawat itu akan ditempatkan atas sebab keselamatan.

Bagaimanapun, Marles berkata, aset berkenaan tidak akan ditempatkan di Israel.

“Jumlah anggota dikerahkan itu amat besar dan mereka berada di sana untuk menyokong apa yang perlu dilakukan menggunakan pesawat itu.

“Semua ini adalah langkah kecemasan dan tujuannya untuk membantu penduduk Australia yang berada di Asia Barat.

“Situasi ketika ini sangat tidak menentu dan kami tidak tahu apa kesudahannya,” katanya.

Sejak konflik bermula, kerajaan Australia membawa pulang rakyatnya yang terkandas di Israel menerusi beberapa penerbangan.

Australia juga cuba membawa 79 rakyatnya dari Semenanjung Gaza dan 51 lagi warganya di Tebing Barat.

Sementara itu, Marles menasihati rakyat Australia di Gaza untuk melakukan pergerakan ke arah sempadan Rafah dengan Mesir. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya