Australia denda platform X kerana gagal sekat kandungan penderaan seksual kanak-kanak

Australia denda platform X kerana gagal sekat kandungan penderaan seksual kanak-kanak

ELON MUSK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Badan pemerhati keselamatan internet Australia dilaporkan mendenda laman media sosial X milik hartawan, Elon Musk kerana platform itu didakwa gagal mempamerkan komitmen membanteras kandungan penderaan seksual kanak-kanak.

Pesuruhjaya ESafety, Julie Inman Grant mengenakan denda sebanyak 610,500 dolar Australia (RM1.8 juta) ke atas syarikat yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, mengkritik ‘cakap kosong’ laman itu mengenai isu tersebut.

Grant yang juga bekas kakitangan Twitter turut mengeluarkan amaran rasmi kepada Google kerana gagal melaksanakan tanggung jawabnya dalam menangani bahan penderaan kanak-kanak.

Musk dilaporkan mengurangkan lebih 80 peratus tenaga kerja global laman X sejak pengambilalihannya, termasuk jawatan moderator kandungan yang bertanggungjawab menapis dan menghapuskan penyalahgunaan dari platform tersebut.

“Pengesanan proaktif terhadap eksploitasi seksual kanak-kanak laman X jatuh daripada 90 peratus kepada hanya 75 peratus dalam tempoh tiga bulan selepas pengambilalihan oleh Musk.

“Platform tersebut menyatakan secara terbuka bahawa usaha menangani eksploitasi seksual kanak-kanak menjadi keutamaan nombor satu syarikat, tetapi ia tidak boleh sekadar cakap kosong,” tegas Grant.

Grant menghantar notis undang-undang kepada beberapa siri platform dalam talian pada bulan Februari, menuntut mereka menunjukkan cara digunakan bagi menangani dan mengalih keluar kandungan yang melampau dari laman masing-masing.

Beliau berkata, respon yang kurang memberangsangkan daripada laman X dan Google kemungkinan kerana kedua-duanya bimbang tentang persepsi orang ramai atau disebabkan sistem yang tidak sesuai.

Australia menerajui usaha global untuk mengawal selia platform media sosial dan bukan kali pertama Grant menuding ke arah laman X atau Musk.

Pada bulan Jun lalu, beliau membangkitkan kebimbangan mengenai lonjakan ketoksikan dan kebencian yang lebih umum berikutan pengambilalihan Musk pada Oktober tahun lepas.

Google pula memaklumkan sudah membangunkan pelbagai teknologi untuk mengesan, melaporkan dan mengalih keluar bahan penderaan seksual kanak-kanak.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya