AS mahu tubuh pakatan halang pembiayaan Hamas 

AS mahu tubuh pakatan halang pembiayaan Hamas 

BANGUNAN Jabatan Perbendaharaan AS di Washington. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) berhasrat untuk menubuhkan sebuah pakatan antarabangsa bagi menghalang pembiayaan kumpulan Hamas ketika konflik semakin memuncak di Asia Barat. 

Kenyataan itu dibuat oleh Timbalan Setiausaha Perbendaharaan, Wally Adeyemo selepas AS melancarkan sekatan terbaharu ke atas anggota Hamas dan fasilitator kewangan kumpulan pejuang itu.

“Matlamat kami adalah mewujudkan pakatan dengan negara di rantau ini dan seluruh dunia untuk menyekat pembiayaan kumpulan pejuang tersebut,” katanya dalam satu majlis di Washington.

Dilaporkan, beribu-ribu orang awam terbunuh di Gaza dan Israel sejak konflik antara Palestin dan rejim zionis itu mula tercetus pada 7 Oktober lalu.

Sementara itu, Adeyemo berkata, beliau merancang untuk bertemu dengan negara sekutu dan rakan kongsi bagi membincangkan mengenai kerjasama boleh dilakukan untuk menyekat rangkaian kewangan Hamas.

Meskipun AS sebelum ini sudah mengenakan beberapa sekatan terhadap Hamas, Adeyemo berkata, kumpulan pejuang itu berusaha mencari jalan untuk mengatasi sekatan termasuk menggunakan mata wang kripto dan fasilitator baharu.

Selain itu, Adeyemo berkata, Setiausaha Perbendaharaan untuk risikan kewangan dan keganasan, Brian Nelson akan turut mengunjungi Qatar dan Arab Saudi pada minggu ini.

Katanya, Nelson pernah mengadakan pertemuan dengan beberapa negara Teluk yang membincangkan cara untuk meningkatkan langkah memerangi keganasan.

“Kami berharap dapat mengambil tindakan tambahan apabila melibatkan sekatan, selain menggunakan beberapa kaedah lain terhadap Hamas,” katanya. – AFP    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya