AS hantar sistem pertahanan peluru berpandu ke Asia Barat - Utusan Malaysia

AS hantar sistem pertahanan peluru berpandu ke Asia Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentagon memaklumkan akan menghantar sistem antipeluru berpandu Terminal Pertahanan Kawasan Altitud Tinggi (THAAD) ke Asia Barat bersama batalion tambahan sistem peluru berpandu pertahanan udara.

Sistem THAAD direka untuk menembak jatuh peluru berpandu balistik jarak dekat dan sederhana dalam fasa terminal penerbangan mereka.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Lloyd Austin berkata, tentera tambahan sudah diletakkan di bawah perintah bersedia di rantau itu, walaupun tidak menyatakan bilangannya.

Satu kenyataan dari Pentagon memaklumkan, keputusan itu dibuat berikutan peningkatan serangan oleh Iran dan pasukan proksinya di seluruh rantau Asia Barat.

Serangan terhadap tentera AS di Iraq dan Syria meningkat sejak konflik antara Israel dan Hamas tercetus dua minggu lalu.

Susulan serangan Hamas yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel pada 7 Oktober, AS memindahkan kapal pengangkut pesawat, kapal perang dan jet ke timur Mediterranean malah berjanji untuk memberikan Israel peralatan dan peluru tambahan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya