WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengumumkan mereka akan menghantar sebuah lagi kapal pengangkut jet pejuang kedua untuk ‘menghalang kemaraan musuh terhadap Israel’, menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Pertahanan AS di Pentagon.
Kapal USS CSG Eisenhower kini dalam perjalanan ke Mediterranean Timur untuk menyokong kapal induk USS Gerald R Ford yang tiba di perairan berkenaan minggu ini.
Peningkatan penglibatan AS itumencerminkan komitmen kukuh negara berkenaan terhadap keselamatan Israel dan menjadi tekad mereka untuk menghalang mana-mana negara atau pelaku bukan kerajaan yang cuba mengukuhkan peperangan ini.