AS gesa sekutu 'pujuk' Hamas, Hezbollah henti kemaraan di Israel - Utusan Malaysia

AS gesa sekutu ‘pujuk’ Hamas, Hezbollah henti kemaraan di Israel

ANTONY BLINKEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANNON: Amerika Syarikat (AS) menyeru semua rakan antarabangsanya supaya menggunakan pengaruh mereka dengan Hamas dan Iran supaya konflik di Gaza-Israel dapat dihentikan segera.

Kenyataan itu dibuat ketika Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dalam perjalanan ke Israel bagi menunjukkan solidariti sebelum singgah di Jordan dan beberapa negara lagi.

Blinken juga dikatakan bersedia untuk berunding dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman dan Presiden Iran, Ebrahim Raisi.

“Kami minta semua rakan AS supaya menggunakan pengaruh anda dengan Hamas, Hezbollah dan Iran untuk menghentikan konflik yang berlaku.

“Kami juga mahu anda cuba ‘menghalang penglibatan Hezbollah’ dalam konflik di Gaza-Israel,” menurut pegawai kerajaan AS.

Terdahulu, Blinken menyatakan Hamas masih bediri utuh sehingga kini kerana mendapat sokongan dan bantuan dana dari Iran.

Namun, eliau memaklumkan tiada bukti Teheran mengarahkan Hamas menyerang Israel. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya