Arab Saudi tangguh rundingan normalisasi dengan Israel

Arab Saudi tangguh rundingan normalisasi dengan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi didakwa menangguhkan rundingan mengenai potensi menormalisasikan hubungan dengan Israel.

Perkara itu dimaklumkan oleh sumber kepada AFP di tengah-tengah konflik antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas yang semakin memuncak.

“Arab Saudi memutuskan untuk menghentikan perbincangan mengenai kemungkinan normalisasi dan sudah memaklumkan kepada pegawai Amerika Syarikat (AS),” katanya.

Hamas melancarkan serangan mengejut ke atas Israel pada Sabtu lalu sehingga mencetuskan serangan balas dengan siri pengeboman di Semenanjung Gaza.

Beberapa minggu lalu sebelum konflik Israel-Hamas kembali tercetus, Arab Saudi mendedahkan kemajuan mengenai diplomasi diketuai AS untuk menormalisasikan hubungan dengan rejim zionis itu.

Bagaimanapun, Riyadh menyuarakan kebimbangan mengenai nasib rakyat Palestin di Semenanjung Gaza selepas tentera Israel melancarkan ribuan serangan selain mengarahkan pemindahan penduduk di utara wilayah sehingga ribuan orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Bulan lalu, menerusi satu wawancara, Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman mengesahkan negaranya `semakin hampir’ dengan perjanjian, namun turut menegaskan isu Palestin adalah ‘sangat penting’ untuk Riyadh.

Semalam, Arab Saudi mengecam arahan pemindahan melibatkan lebih 1.1 juta penduduk Palestin di utara Gaza dan serangan ke atas orang awam.

Kementerian Luar Arab Saudi menerusi kenyataan menyatakan Riyadh menolak sekeras-kerasnya arahan pemindahan paksa rakyat Palestin dari Gaza.

“Arab Saudi juga mengecam serangan berterusan menyasarkan orang awam di Gaza,” jelas kementerian. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya