Ancaman bom, 42 lapangan terbang Filipina diarahkan berjaga-jaga - Utusan Malaysia

Ancaman bom, 42 lapangan terbang Filipina diarahkan berjaga-jaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP), hari ini bertindak meletakkan 42 lapangan terbang di negara itu dalam keadaan berjaga-jaga susulan ancaman bom pada pesawat komersialnya.

Menurut CAAP, amaran bom itu diterima melalui emel oleh perkhidmatan trafik udara membabitkan penerbangan yang dikenalpasti menuju ke Cebu, Bicol, Davao dan Palawan.

“Peningkatan langkah keselamatan serta-merta sedang dilaksanakan di semua lapangan terbang komersial Filipina. Kita juga sedang mengesahkan amaran yang diterima.

“Walaupun maklumat itu sedang disahkan, tahap langkah keselamatan yang tinggi sedang dilaksanakan di semua lapangan terbang,” katanya melalui kenyataan media.

Pulau Cebu dan Palawan adalah destinasi popular untuk pelancong asing.

Namun, tidak dinyatakan bila amaran itu diterima pihak berkuasa.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Jaime Bautista, berkata pasukan rondaan dan unit K9 dikerahkan di semua terminal lapangan terbang antarabangsa Manila dengan agensi penguatkuasaan undang-undang sedang melaksanakan penyelarasan.

“Tiada perubahan dijangka berlaku kepada mana-mana penerbangan dan kami ingin memastikan orang ramai yang melakukan perjalanan bahawa protokol dikuatkuasakan untuk memastikan keselamatan khususnya kepada penumpang,” katanya dalam kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya