Amazon guna robot bipedal untuk bekerja di gudang

Amazon guna robot bipedal untuk bekerja di gudang

DIGIT boleh melakukan tugasan berulang sehingga pekerja dapat menumpukan kepada tugasan lain. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Firma gergasi e-dagang Amerika Syarikat (AS) , Amazon baru-baru ini mula bereksperimen dengan robot bipedal apabila menggunakannya untuk bekerja di gudang syarikat itu.   

Langkah berkenaan merupakan sebahagian usaha berterusan syarikat itu untuk mengintegrasikan robotik ke dalam operasi gudangnya yang besar.   

Lapor Oddity Central, robot bipedal bernama Digit dikatakan dapat melakukan tugasan berulang sehingga pekerja dapat menumpukan kepada tugasan lain. 

Pekerja gudang Amazon sudah lama bekerja bersama robot namun kakitangan syarikat di fasiliti eksperimen BFI1 di Sumner kini mula membiasakan diri dengan Digit.   

Digit merupakan sejenis robot humanoid baharu yang dibangunkan oleh syarikat permulaan Agility Robotics berpangkalan di Corvallis, Oregon. 

Robot bipedal setinggi 175 sentimeter (cm) dan seberat 65 kilogram (kg) itu boleh bergerak ke hadapan, belakang dan sisi, selain mampu membongkok jika perlu.  

Dilaporkan, `pekerja baharu’ Amazon itu pada masa ini hanya ditugaskan untuk mengitar semula kotak kuning sebaik sahaja ia dikosongkan daripada inventori.

“Kami percaya terdapat peluang besar untuk mewujudkan penyelesaian mudah alih seperti Digit yang boleh bekerjasama dengan pekerja.    

“Teknologi ini akan membantu pekerja dengan kitar semula kotak, proses tugasan berulang untuk mengambil dan memindahkannya apabila inventori sudah dikeluarkan,” jelas Amazon dalam satu kenyataan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya