Afghanistan digegar gempa bumi 6.5 magnitud - Utusan Malaysia

Afghanistan digegar gempa bumi 6.5 magnitud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HERAT: Gempa bumi baharu melanda barat Afghanistan beberapa hari selepas dua gegaran besar di wilayah itu mengorbankan lebih 2,400 orang.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi berukuran 6.5 skala Richter itu melanda barat laut Herat, bandar ketiga terbesar di Afghanistan berhampiran sempadan Iran pada kedalaman 6.3 kilometer (km).

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memaklumkan, lebih 90 peratus daripada mereka yang maut dalam gempa bumi sebelum ini adalah wanita dan kanak-kanak.

Afghanistan sering dilanda gempa bumi terutamanya di banjaran gunung Hindu Kush kerana terletak berhampiran persimpangan plat tektonik Eurasia dan India.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya