95 orang ditahan dalam serbuan sindiket penipuan Myanmar

95 orang ditahan dalam serbuan sindiket penipuan Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Polis Myanmar menahan 95 individu dalam satu serbuan membabitkan sindiket penipuan dalam talian di hab komersial Yangon.

Perkara itu dimaklumkan oleh pihak berkuasa.

Negara itu dilanda konflik sejak tentera menggulingkan kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi dalam rampasan kuasa pada Februari 2021.lebih dua tahun lalu.

Sindiket jenayah mengambil kesempatan daripada keadaan huru-hara itu dengan menjalankan kegiatan penipuan terutamanya di kawasan sempadan.

Pihak berkuasa menahan seramai 95 individu di tiga lokasi di Yangon pada Khamis lalu.

Dilaporkan, kebanyakan individu ditahan itu merupakan warga Myanmar dan ada juga yang berasal dari negara lain.

Menurut junta Myanmar dalam satu kenyataan, polis turut merampas sebuah kereta BMW, komputer riba, telefon, komputer dan peralatan lain dalam serbuan itu.

“Setelah meneliti komputer itu, kami dapati terdapat data daripada individu di luar negara yang digunakan untuk menipu wang secara dalam talian,” jelas kenyataan itu.

Tambah kenyataan, pihak berkuasa turut menyerbu kediaman dipercayai milik ketua sindiket itu, namun sehingga kini suspek masih bebas.

Serbuan itu merupakan kali pertama junta Myanmar mengumumkan penahanan besar-besaran berkaitan sindiket penipuan di Yangon.

Tangkapan sebelum ini tertumpu di bahagian sempadan utara dengan China.

Myanmar berada di bawah tekanan daripada sekutu utamanya, Beijing untuk menghapuskan sindiket penipuan yang sering menyasarkan warga China.

Kumpulan penjenayah dikatakan mengumpan, menculik atau memaksa ribuan warga China dan penduduk tempatan menjadi buruh paksa dalam sindiket penipuan dalam talian yang berpangkalan di Asia Tenggara. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya