715 orang awam hilang semasa konflik di Sudan

715 orang awam hilang semasa konflik di Sudan

WANITA dan kanak-kanak yang kehilangan kediaman akibat konflik berlindung di sebuah masjid di bandar Wadi Halfa, sempadan utara Sudan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Sekurang-kurangnya 715 orang awam dilaporkan hilang ketika pertempuran berterusan antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan kumpulan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas (RSF) di Sudan.  

Lapor Xinhua, data itu didedahkan oleh The Sudanese Group for Victims of Enforced Disappearance dalam satu laporan.

Berdasarkan laporan kumpulan hak asasi itu, seramai 715 orang awam hilang secara paksa sepanjang konflik selama enam bulan antara SAF dan RSF di Sudan.

Laporan itu memantau pencabulan termasuk penculikan, penahanan dan kehilangan orang awam dari 15 April hingga 15 Oktober lalu di ibu kota Khartoum dan bandar-bandar lain.

Menurut laporan, seramai 666 lelaki hilang yang mana 650 daripadanya merupakan orang dewasa dan 16 lagi bawah umur.

“Seramai 49 wanita dikesan hilang yang mana 47 adalah dewasa dan dua lagi bawah umur,” jelas laporan. 

Khartoum merekodkan jumlah paling tinggi iaitu sebanyak 309 kes kehilangan, dengan 156 kes di Omdurman, 130 kes di Bahri serta kes lain dilaporkan di negeri Kordofan Utara, Darfur Selatan, Darfur Utara, Darfur Barat dan Darfur Tengah.

“Manakala lokasi 110 kes dalam skop negeri yang dilanda konflik tidak dapat ditentukan,” jelas laporan.

Sudah menyaksikan pertempuran sengit antara SAF dan RSF di Khartoum dan kawasan lain sejak 15 April lalu.

Berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Kesihatan Sudan, sekurang-kurangnya 3,000 orang maut dan lebih 6,000 cedera akibat konflik tersebut.

Data dikeluarkan Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM), kira-kira 5.8 juta penduduk kehilangan tempat tinggal di dalam dan luar Sudan akibat konflik yang berpanjangan itu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya