50,000 wanita hamil di Gaza terputus bekalan air bersih - Utusan Malaysia

50,000 wanita hamil di Gaza terputus bekalan air bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah berulang kali menekankan kepentingan memberi perhatian kepada situasi kemanusiaan yang semakin genting di Gaza.

Tabung Kependudukan PBB (UNFPA) iaitu agensi kesihatan seksual dan reproduksi PBB berkata, ketika ini, terdapat 50,000 wanita hamil di Gaza yang tidak dapat mengakses perkhidmatan kesihatan penting atau air bersih.

Dalam masa sama, seramai 5,500 wanita di antara mereka dijangka bersalin dalam beberapa bulan akan datang.

Sehubungan itu, UNFPA menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan dan kesejahteraan wanita dan gadis di Palestin selain serta trauma dan tekanan psikologi yang perlu dihadapi golongan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya