20 trak bawa bantuan kemanusiaan masuk Gaza Jumaat ini - Utusan Malaysia

20 trak bawa bantuan kemanusiaan masuk Gaza Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden memaklumkan Presiden Mesir bersetuju untuk membuka laluan sempadan Gaza bagi membolehkan 20 trak dengan bekalan bantuan kemanusiaan menyeberang laluan berkenaan.

Biden memberitahu pemberita, beliau bercakap melalui telefon dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sissi yang bersetuju untuk membuka semula laluan sempadan negaranya yang ditutup.

Biden menyatakan, meskipun lintasan tersebut memerlukan baik pulih akibat pertempuran, bantuan kemanusiaan dijangka dapat sampai ke Gaza menjelang Jumaat.

“Kami ingin mengeluarkan sebanyak mungkin trak, saya kira mungkin 150 atau sekitar jumlah itu. Tidak semua akan bergerak dalam gelombang pertama,” katanya.

Kenyataan Biden kepada pemberita dibuat ketika beliau mengakhiri lawatan selama ke Israel semalam, menyaksikan pemimpin AS itu menggesa Israel untuk berundur dari peperangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya