19 juta kanak-kanak Sudan tercicir pendidikan

19 juta kanak-kanak Sudan tercicir pendidikan

JUTAAN kanak-kanak Sudan ketinggalan dalam pendidikan susulan konflik ketenteraan yang berterusan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Dianggarkan 19 juta kanak-kanak di Sudan tidak bersekolah ekoran konflik ketenteraan, menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Save the Children dalam satu kenyataan bersama.

Lapor Xinhua, daripada jumlah itu, kira-kira 6.5 juta kanak-kanak tidak dapat ke sekolah dan sekurang-kurangnya 10,400 sekolah ditutup.

Dalam pada itu, lebih 5.5 juta kanak-kanak yang tinggal di kawasan yang kurang terjejas akibat perang, sedang menunggu pihak berkuasa tempatan untuk mengesahkan sama ada sekolah boleh dibuka semula.

Sudan mempunyai 23 juta kanak-kanak yang menyumbang kepada hampir separuh daripada jumlah penduduk negara itu.

Sebelum konflik meletus pada 15 April, hampir tujuh juta kanak-kanak tidak bersekolah.

Perbelanjaan untuk perkhidmatan sosial menurun dengan ketara, dengan guru di hampir semua negeri tidak dibayar gaji sejak konflik bermula, peruntukan pendidikan semakin berkurangan dan kemudahan tidak diselenggara.

Walaupun usaha sedang dijalankan di beberapa wilayah untuk memastikan sistem pendidikan di Sudan kekal berfungsi, wujud kekangan yang ketara, dengan keperluan lebih besar berbanding sumber.

UNICEF dan Save the Children menggesa pihak berkuasa Sudan membuka semula sekolah di kawasan selamat, sambil menyokong kaedah pembelajaran alternatif dalam komuniti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya