BAITULMUQADDIS: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan hari ini sekurang-kurangnya 17 petugasnya maut di Gaza akibat konflik yang tercetus.
Agensi itu memberi amaran jumlah korban boleh meningkat dari semasa ke semasa.
“Sehingga hari ini, seramai 17 petugas kami terbunuh akibat bedilan tentera Zionis.
“Kami bimbang jumlah itu akan terus meningkat sekiranya konflik belum reda,” kata UNRWA dalam kenyataan. – AFP