17 maut bas bawa pendatang terbalik di Mexico - Utusan Malaysia

17 maut bas bawa pendatang terbalik di Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDARAYA MEXICO: Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh apabila bas yang membawa migran dengan kebanyakannya warga Venezuela terbalik di lebuh raya di selatan Mexico pada pagi semalam, menurut pihak berkuasa.

Kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi waktu tempatan, di lebuh raya yang menghubungkan Oaxaca dan Puebla, menurut pusat penyelarasan perlindungan awam Oaxaca.

Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh manakala 25 yang cedera dirawat di hospital, Xinhua memetik laporan awal.

Pihak berkuasa menutup sebahagian jalan di kedua-dua arah.

Bas penumpang itu dilaporkan membawa 55 pendatang.

“Kakitangan kerajaan kami sudah memberikan sokongan kepada mereka yang terjejas,” kata Gabenor Oaxaca Salomon Jara di platform media sosial X, yang dahulu dikenali sebagai Twitter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya