15,000 sertai perarakan pro-Palestin di Sydney - Utusan Malaysia

15,000 sertai perarakan pro-Palestin di Sydney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Beribu-ribu orang menyertai perarakan pro-Palestin di Sydney, bandar terbesar Australia hari ini, yang mendapat kelulusan pada saat akhir, ketika di tengah-tengah kebimbangan selepas beberapa penunjuk perasaan pada perhimpunan sebelum ini melaungkan slogan anti-Yahudi.

Penunjuk perasaan di seluruh dunia sejak semalam menuntut Israel menamatkan pengeboman ke atas Gaza selepas hampir dua minggu pihak itu melakukan serangan udara dan artileri yang sengit yang menurut pihak berkuasa di semenanjung Gaza itu mengorbankan kira-kira lebih 4,100 orang.

Semalam, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar ‘berjuang sehingga kemenangan’ di Gaza, sekali gus memberi isyarat pihaknya tidak akan berhenti mengarahkan tentera melakukan pengeboman.

Pencerobohan ke atas enklaf itu adalah serangan balas yang bermula daripada serangan Hamas pada 7 Oktober lalu, mengakibatkan 1,400 di Israel terbunuh selain membawa kepada penculikan tebusan.

Seramai 15,000 orang menyertai perarakan yang dianjurkan Palestine Action Group di Sydney hari ini dengan penunjuk perasaan melaungkan ‘Palestin tidak akan mati’ sambil mereka mengibarkan bendera Palestin.

Polis termasuk pegawai yang menunggang kuda, melakukan rondaan sekitar jalan-jalan bandar yang ditutup selain sebuah helikopter polis membuat pemantauan dari udara.

Polis berkata, tiada tangkapan dibuat dan jurucakap Kumpulan Tindakan Palestin, Amal Naser berkata perarakan itu berlangsung aman.

Perhimpunan di luar Sydney Opera House dua hari selepas serangan Hamas mencetuskan perdebatan hangat selepas sekumpulan kecil dirakam melaungkan ‘Gas the Jews’.

Perhimpunan pro-Palestin turut dijadualkan berlangsung hari ini di ibu negeri Brisbane, Perth dan Hobart hari ini, kata Palestine Action Group, selepas beribu-ribu orang menyertai perhimpunan yang sebahagian besarnya berlaku aman di sekitar Australia hujung minggu lalu.

Majlis Eksekutif Australian Jewry, kumpulan teratas untuk komuniti Yahudi Australia, sehinga hari ini belum memberi sebarang ulasan berkaitan perarakan itu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya