14 maut, ratusan hilang dihanyutkan banjir kilat di India - Utusan Malaysia

14 maut, ratusan hilang dihanyutkan banjir kilat di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan 102, termasuk 22 anggota tentera dilaporkan hilang di timur India hari ini selepas hujan lebat mengakibatkan tasik glasier melimpah.

Keadaan itu mencetuskan banjir kilat di kawasan lembah gunung.

Bencana itu menjejaskan kira-kira 22,000 penduduk.

“Operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan ketika ini biarpun keadaan masih hujan dan arus deras di Sungai Teesta.

“Beberapa jalan dan jambatan juga dihanyutkan oleh banjir itu,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan India menerusi paltform X.

Hujan lebat melanda kawasan Tasik Glasier Lhonak semalam sehingga mencetuskan banjir kilat di Lembah Teesta yang terletak 150 kilometer ke utara Gangtok berhampiran sempadan China.

Pihak berkuasa memaklumkan, seramai 26 orang cedera setakat ini.

Video yang dikongsi menunjukkan banjir menghanyutkan sejumlah kediaman, menenggelamkan pangkalan tentera dan kenderaan.

Jabatan kaji cuaca juga memberi amaran risiko berlaku tanah runtuh dan banyak penerbangan terpaksa dibatalkan susulan hujan lebat dalam temph dua hari akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya