Warga emas di Thailand semakin meningkat, risiko jadi negara tua - Utusan Malaysia

Warga emas di Thailand semakin meningkat, risiko jadi negara tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Penduduk warga emas di Thailand diunjurkan mencecah 20.4 juta orang pada 2040, iaitu 31.3 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Menurut Pengarah Pejabat Dasar Perdagangan dan Strategi, Kementerian Perdagangan, Poonpong Nainapakorn, peralihan kepada masyarakat yang semakin tua bermula pada 2021 apabila terdapat 13.8 juta warga emas di negara itu, mewakili 20 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Jelasnya, peningkatan warga emas akan membawa kepada pengurangan tenaga kerja dan kemerosotan kepada penjanaan pendapatan, yang memerlukan kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta bagi mencari penyelesaian.

Faktor utama pertumbuhan berterusan dalam kalangan penduduk warga tua ialah kadar kelahiran yang menurun dan kemajuan dalam penjagaan perubatan yang membolehkan jangka hayat menjadi lebih panjang.

Bagaimanapun, keadaan ini mewujudkan ketidakseimbangan antara umur penduduk yang bekerja dan warga tua, sekali gus menjejaskan pendapatan dan perbelanjaan kerajaan bagi penjagaan kesihatan serta kebajikan.

Pertambahan penduduk warga emas turut memberi cabaran dari segi penyesuaian teknologi memandangkan mereka mungkin menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan kemajuan pesat dalam teknologi.

Selain itu, warga emas juga memerlukan lebih banyak penjagaan kesihatan dan kebajikan. Justeru, kerajaan perlu memperuntukkan dana yang lebih besar daripada belanjawan untuk menampung perbelanjaan ini.

Tambahnya, pengurangan penduduk dalam lingkungan umur bekerja akan memberi kesan kepada produktiviti dan pertumbuhan ekonomi, namun beberapa kerjaya yang berkaitan dengan penjagaan warga emas akan menyaksikan peningkatan permintaan pekerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya