Wanita tertelan Airpods ketika leka bersembang dengan rakan - Utusan Malaysia

Wanita tertelan Airpods ketika leka bersembang dengan rakan

TANNA BARKER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang wanita dari Utah secara tidak sengaja menelan fon telinga tanpa wayar miliknya yang disangka vitamin ketika leka bersembang dengan seorang rakan dalam satu insiden melucukan yang tular di laman TikTok baru-baru ini.

Tanna Barker, 52, berkata, dia bertemu dengan seorang rakan semasa bersiar-siar dan segera mengeluarkan AirPods dari telinganya supaya boleh berbual dengan wanita itu.

Malangnya, ketika mahu menelan vitamin yang sudah digenggam sebelum itu sambil matanya memerhatikan rakannya itu, Barker tersilap memasukkan fon telinga ke dalam mulut dan terus sahaja menelannya dengan air mineral.

“Ketika saya sedang berjalan, saya terserempak dengan seorang kawan yang sudah lama tidak berjumpa. Kami begitu asyik berborak dan saya tiba-tiba teringat untuk menelan vitamin yang sudah saya genggam.

“Saya meneguk air beberapa kali kerana merasa vitamin itu sedikit tersekat di kerongkong saya. Selepas rakan saya berlalu, saya ingin memasukkan semula Airpod ke telinga dan baru saya sedar hanya vitamin yang ada di tangan saya. Apa yang saya telan adalah Airpod!

“Saya tidak tahu sama ada sesiapa pernah melakukannya. Ia sangat memalukan,” kata Barker dipetik Mail Online.

Barker mengakui tidak mengalami sebarang kesan sampingan serius dan doktor yang ditemui menasihatkannya untuk membiarkan sahaja fon telinga itu dikeluarkan dari tubuh melalui najis secara semula jadi.

Klip video kisah Barker itu ditonton lebih 2.4 juta kali dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

“Kami juga tertanya-tanya adakah fon telinga itu akan diselamatkan,” kata seorang warganet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya