Wanita meninggal dunia selepas nikmati hidangan ikan sardin - Utusan Malaysia

Wanita meninggal dunia selepas nikmati hidangan ikan sardin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BORDEAUX: Seorang wanita meninggal dunia selepas makan masakan ikan sardin di restoran di Bordeaux bersama 12 orang lain yang kebanyakannya warga asing.

Pegawai kesihatan Perancis pada Rabu masih mengesahkan mangsa lain masih dirawat untuk Botulisme.

Botulisme ialah penyakit saraf serius yang biasanya disebabkan oleh makan makanan yang tidak diawet dengan sempurna.

Restoran di pusat bandar itu mengawet sardin itu sendiri, kata pihak berkuasa kesihatan DGS pada Selasa.

Di hospital Pellegrin Bordeaux, Dr Benjamin Clouzeau berkata, wanita itu mendaftar masuk ke hospital berhampiran Paris selepas pulang bersama pasangannya.

Mangsa meninggal dunia sejurus pulang ke rumah.

Pasangannya pula masih di rawat dalam unit rawatan rapi.

Seramai 12 orang masih menerima rawatan kecemasan pada Rabu, kata perkhidmatan kesihatan.

Lima daripada mereka terpaksa diberikan bantuan sokongan pernafasan.

Mangsa terdiri daripada warga Amerika Syarikat, Ireland, Jerman dan Kanada.

Seorang warga Jerman sudah pulang ke negaranya untuk mendapat rawatan, begitu juga seorang penduduk Barcelona, Sepanyol, kata doktor itu.

Mereka makan di restoran Tchin Tchin Wine Bar antara 4 dan 10 September yang terkenal dengan wain dan makanan di kalangan pelancong di bandar barat daya,

Mereka memesan ikan sardin yang diawet sendiri oleh pemilik restoran itu di dalam balang, kata DGS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya