Ulang tahun pertama pentadbiran Raja Charles III Jumaat ini

Ulang tahun pertama pentadbiran Raja Charles III Jumaat ini

RAJA Charles III dan isterinya, Camilla. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Raja Britain, Raja Charles III bakal meraikan ulang tahun pertama pentadbirannya pada minggu ini.

Ulang tahun tersebut akan diraikan pada Jumaat ini secara persendirian tanpa sebarang majlis umum.

Tarikh tersebut juga menyaksikan sudah setahun bonda Raja Charles, Ratu Elizabeth II mangkat ketika usia 96 tahun.

Raja Charles yang kini berusia 74 tahun bergelar Raja Britain selepas ‘menunggu 70 tahun’ untuk menaiki takhta.

Charles dan isterinya, Camilla dinobatkan secara rasmi sebagai Raja Britain pada 6 Mei lalu di Westminster Abbey di London di hadapan para pemimpin dunia.

Terdahulu, penganalisis menjangkakan Raja Britain yang baharu itu akan membuat perubahan dalam sistem monarki, namun sehingga kini, tiada apa yang dilakukannya.

Sehubungan itu, penganalisis beranggapan, Charles mungkin ‘akan memberi jalan kepada Putera William untuk melakukan reformasi itu.

“Saya berpandangan, Putera William akan menjadi raja yang membuat banyak pembaharuan dalam sistem monarki di negara ini,” kata Prof. Pauline Maclaran di Royal Holloway, Universiti London.

Tinjauan yang dilakukan oleh YouGov juga menunjukkan pandangan positif mengenai Charles pada tahun ini meningkat 55 peratus berbanding 44 peratus pada tahun lalu.

Sebagai pemimpin, Charles sudah melakukan beberapa kunjungan luar negara dan disifatkan lebih bersikap terbuka dan mudah didekati.

Selain itu, beliau juga menyedari bahawa beliau perlu lebih ‘bersahaja’ dan merendah diri untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi, terutamanya bertemu rakyat serta delegasi antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya