Turkiye tidak perlukan bantuan EU - Recep Tayyip Erdogan - Utusan Malaysia

Turkiye tidak perlukan bantuan EU – Recep Tayyip Erdogan

Recep Tayyip Erdogan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Turkiye tidak pernah memerlukan bantuan atau sokongan daripada Kesatuan Eropah (EU), kata Presiden Recep Tayyip Erdogan, lapor Sputnik.

Erdogen yang ditanya sama ada Turkiye bersedia untuk meninggalkan proses menyertai EU berkata, Turkiye memberi keutamaan kepada keputusan EU.

“Sekiranya EU membuat keputusan sedemikian, kami akan terima. Turkiye sudah berada di depan pintu EU selama lima dekad lepas dan kami sentiasa berdikari.

“Kami tidak pernah bergantung pada sumbangan atau sokongan daripada EU dan nyata kami tidak perlukannya,” kata Erdogan.

Turkiye menandatangani Ankara Agreement atau Agreement Creating an Association antara Republik Turkiye dan Komuniti Ekonomi Eropah (EEC sebelum EU), pada tahun 1963 dan memohon keahlian penuh pada tahun 1987.

Rundingan mengenai penyertaan Turkiye ke EU bermula pada 2005 tetapi terhenti atas kebimbangan blok itu mengenai pencabulan hak asasi manusia di Turkiye.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya