Tujuh individu sanggup berbaring ratusan jam demi rebut gelaran 'rakyat paling malas'

Tujuh individu sanggup berbaring ratusan jam demi rebut gelaran ‘rakyat paling malas’

PESERTA pertandingan warganegara paling malas berbaring di kawasan resort perkampungan Donja Brezna, Montenegro.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PODGORICA: Tujuh pesaing hanya perlu berbaring di atas tikar selama berhari-hari bagi merebut gelaran ‘warganegara paling malas‘ menerusi pertandingan aneh yang diadakan setiap tahun di resort percutian di utara Montenegro.

Rekod berbaring selama 117 jam dicatatkan pada pertandingan tahun lalu di kampung peranginan Donja Brezna, tetapi pertandingan tahun ini berjaya memecah rekod tersebut apabila peserta masih terus berbaring ketika memasuki hari ke-20.

Seorang peserta, Dubravka Aksic, 38 yang pernah menjuarai pertandingan tersebut pada tahun 2021 mengakui masih bersemangat dan ‘bertenaga’ untuk meneruskan persaingan.

“Kami semua berasa baik, cemerlang dan tidak mengalam sebarang masalah kesihatan, kerana penganjur ‘memanjakan’ kami. Jadi apa yang perlu kami lakukan ialah terus berbaring,” kata Aksic.

Penganjur dan pemilik resort, Radonja Blagojevic berkata, peraduan pelik itu dilancarkan di negara kecil Adriatik tersebut sejak 12 tahun lalu sebagai cara mempersenda mitos popular yang melabel warga Montenegro sebagai pemalas.

Beliau berkata, seramai 21 orang menyertai pertandingan itu namun tujuh peserta yang tinggal kini sudah berbaring selama 463 jam.

Peraturan pertandingan itu menetapkan bahawa berdiri atau duduk dianggap sebagai pelanggaran dan alasan untuk hilang kelayakan secara serta-merta.

Tetapi peserta dibenarkan untuk bangun selama 10 minit setiap lapan jam untuk pergi ke tandas.

Pesaing juga boleh menggunakan telefon pintar dan komputer riba sepanjang berbaring bagi merebut hadiah berjumlah 1,000 euro (RM5,015).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya