Tiada perbalahan selepas penghadang terapung dialihkan - Filipina

Tiada perbalahan selepas penghadang terapung dialihkan – Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Filipina mengesahkan tiada sebarang tanda perbalahan yang tercetus dalam merebut beting yang dikuasai China di perairan Laut China Selatan.

Isu ini berbangkit sehari selepas pengawal pantai mengalihkan penghadang pelampung yang dipasang Beijing bagi menghalang nelayan.

Menurut jurucakap pengawal pantai Filipina, pasukan pengawal pantai China sudah mengalihkan baki penghadang pelampung dari kawasan Beting Scarborough.

China yang merampas Beting Scarborough daripada Filipina pada 2012, mengerahkan pengawal pantai dan kapal lainnya untuk menjalankan rondaan di kawasan itu.

Ketika rondaan pengawal pantai menyamar sebagai nelayan bot kecil.

Semalam, Filipina memaklumkan pihaknya melancarkan ‘operasi khas’ untuk memotong penghadang sepanjang 300 meter di beting berkenaan.

Beting itu terletak di wilayah yang terlibat dengan banyak pertikaian di Asia.

Perebutan kawasan itu dikhuatiri boleh merenggangkan lagi hubungan negara terlibat yang semakin terjejas pada tahun lalu.

Sementara itu, jurucakap pengawal pantai Filipina, Commodore Jay Tarriela berkata, empat kapal China berada di kawasan itu apabila sebuah kapal Filipina menghampiri dan dalam keadaan ‘tidak begitu agresif’.

Tambahnya, pengamal media ketika itu berada dalam kapal Filipina itu.

Jay dalam satu wawancara bersama stesen radio DWPM menyatakan China mengalihkan penghadang itu beberapa jam selepas mendapatinya tidak lagi sejajar dan menyekat lagun.

“Mereka mungkin akan memasang semula penghadang terapung itu sekali lagi.

“Mereka mungkin akan melakukan pergerakan berbahaya sekali lagi,” katanya kepada CNN Filipina sambil menegaskan negara itu tidak sesekali berundur sebaliknya mengekalkan kedudukan di perairan itu.

Beting Scarborough merupakan tempat utama menangkap hasil lautan yang terletak kira-kira 200 kilometer (km) dari Filipina dan berada dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ).

Ia juga menyaksikan kawasan itu menjadi pertikaian berdekad lamanya mengenai hak kedaulatan.

Semalam, China tidak menyebut secara langsung mengenai penghadang pelampung itu namun Kementerian Luar republik itu memaklumkan pengawal pantai menghalang kapal Filipina yang didakwa menceroboh perairan negaranya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya