Tharman Shanmugaratnam dipilih Presiden Singapura ke-9

Tharman Shanmugaratnam dipilih sebagai Presiden Singapura ke-9

THARMAN SHANMUGARATNAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Bekas Menteri Kanan, Tharman Shanmugaratnam dipilih sebagai Presiden Singapura yang kesembilan selepas meraih kemenangan besar dalam pilihan raya diadakan semalam.

Lapor Channel News Asia, Tharman menewaskan dua calon lain dengan menerima sebanyak 70.4 peratus undi.

Bekas Ketua Eksekutif NTUC Income, Tan Kin Lian berada di tempat kedua dengan memperoleh 15.72 peratus undi, manakala bekas Ketua Pegawai Pelaburan GIC, Ng Kok Song menerima 13.88 peratus undi.

Ia merupakan pilihan raya presiden yang pertama dipertandingkan dalam tempoh 12 tahun.

Kali terakhir pertandingan Pilihan Raya Presiden diadakan pada Ogos 2011 yang menyaksikan empat calon bersaing merebut jawatan berkenaan.

Pilihan Raya Presiden Singapura kali ini menyaksikan persaingan tiga penjuru antara Tharman Shanmugaratnam, Kok Song dan Kin Lian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya