Tetamu tutup mata hormati hari perkahwinan wanita buta

Tetamu tutup mata hormati hari perkahwinan wanita buta

SEMUA tetamu memakai penutup mata ketika majlis perkahwinan Ollie dan Lucy Edwards di Kew Gardens, London.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita dari Birmingham yang hilang penglihatan sejak berusia 17 tahun tular di media sosial baru-baru ini selepas meminta suaminya dan semua tetamu memakai penutup mata ketika hari perkahwinan mereka.

Video penuh emosi yang dikongsi di laman TikTok, merakamkan detik Lucy Edwards,27, mendampingi suaminya, Ollie dengan semua orang di dalam bilik itu memakai penutup mata hitam.

Acara itu dilakukan sedemikian bukan sahaja untuk mencipta kelainan tetapi juga supaya semua hadirin dan suaminya merasai pengalaman hidup dalam kegelapan seperti yang dirasai Edwards.

Edwards kehilangan penglihatannya ketika remaja kerana penyakit genetik yang jarang berlaku dipanggil incontinentia pigmenti.

“Ia adalah pengalaman yang sangat penting untuk kami berdua, walaupun Ollie tidak buta.

“Ollie fikir ia sangat penting untuk dia dan semua tetamu mengalami apa yang saya rasakan ketika mengharungi detik paling istimewa dalam hidup saya.

“Saya sangat bertuah kerana mempunyai suami yang menerima saya seadanya,” kata Edwards dipetik Daily Mail.

Majlis perkahwinan tertutup itu diadakan di Kew Gardens, London bulan lalu.

Klip video tersebut menerima lebih 300,000 tanda suka dan menerima ribuan komen dari warganet yang turut terharu dengan majlis itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya