Terpaksa minum air kencing sendiri untuk terus hidup

Terpaksa minum air kencing sendiri untuk terus hidup

MICAEL dari Benin City, Nigeria mengakui ditolak tiga kali ke padang pasir dan dipukul oleh pengawal sempadan Tunisia.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pendatang dari Afrika sub-Sahara mendakwa terpaksa meminum air kencing sendiri akibat kehausan selepas diarah pulang ke kawasan padang pasir terpencil ketika cuba menyeberangi sempadan ke Tunisia untuk mendapatkan bantuan kemanusiaan.

Michael, 38, dari Benin City, Nigeria berkata, dia sudah mencuba lebih tiga kali untuk merentas sempadan tetapi tetap diarah kembali ke kawasan padang pasir yang terik tanpa banyak keperluan asas pada akhir Julai lalu.

“Pengawal sempadan Tunisia memukul kami, mencuri wang dan telefon bimbit kami. Di padang pasir kami tidak mempunyai air. Saya terpaksa minum air kencing saya sendiri untuk terus hidup,” katanya.

Dalam satu siri temu bual yang dijalankan oleh The Guardian dengan hampir 50 pendatang di Sfax, Zarzis, Medenine dan Tunis, majoriti mengesahkan diarah kembali secara paksa ke padang pasir antara akhir Jun dan Julai lalu.

Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan sudah bersiap sedia untuk menghantar dana ke Tunisia di bawah perjanjian penghijrahan berjumlah 1 bilion euro (RM4.9 bilion).

Bagaimanapun, kumpulan hak asasi manusia menggesa Brussels untuk mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap dakwaan bahawa pihak berkuasa Tunisia menolak orang ramai kembali ke kawasan sempadan terpencil hingga menyebabkan ramai yang mati akibat kekurangan air dan makanan.

Laporan Tunisia memindahkan orang ke padang pasir muncul apabila gambar menunjukkan pencari suaka sedang mati kehausan dan kepanasan melampau selepas dikatakan ditolak oleh pihak berkuasa negara itu mula tersebar di media sosial.

Selepas dakwaan itu, kerajaan Tunisia menghadapi kritikan hebat daripada akhbar antarabangsa tetapi menafikan sebarang salah laku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya