Tentera India, Singapura jalani latihan maritim di Laut China Selatan - Utusan Malaysia

Tentera India, Singapura jalani latihan maritim di Laut China Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Angkatan tentera laut Singapura dan India memulakan latihan maritim dua hala selama seminggu di bahagian selatan Laut China Selatan, semalam.

Kementerian Pertahanan, dalam kenyataan, berkata kapal perang Tentera Laut Singapura (RSN), termasuk dua kapal frigat RSS Stalwart dan Tenacious turut mengambil bahagian dalam latihan itu.

Katanya, kedua-dua kapal perang itu juga dilengkapi helikopter tentera laut S-70B dan korvet peluru berpandu Victory RSS Valour.

Tentera Laut India pula bakal menyaksikan pembabitan kapal pemusnah Rajput INS Ranvijay, korvet Kamorta INS Kavaratti dan pesawat peronda maritim P-8I.

Kedua-dua negara buat julung kalinya akan menggunakan kapal selam dalam latihan dikenali sebagai Simbex itu.

Sementara itu, Komander Armada RSN, Kwan Hon Chuong, berkata Simbex muncul sebagai bukti bagi perkongsian berterusan antara angkatan laut kedua-dua negara berkenaan.

Katanya, pertukaran profesional dan latihan seperti Simbex membolehkan kedua-dua angkatan laut terus belajar dan bekerjasama dengan lebih baik.

“Ia mempamer perkembangan sejak penganjuran yang sederhana tiga dekad lalu, selain menjadi pentas, bukan saja bagi mengukuhkan keupayaan operasi, tetapi turut memupuk ikatan persahabatan menghubungkan angkatan laut kami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya