Tempurung kepala lelaki rompong akibat strok kronik

Tempurung kepala lelaki rompong akibat strok kronik

KEADAAN kepala Marc Morris selepas satu pertiga daripada tempurungnya dikeluarkan akibat strok kronik. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang bapa yang satu pertiga daripada tempurung kepalanya dikeluarkan akibat strok kronik kini kembali mempunyai ‘kepala yang sempurna’ apabila menjalani pembedahan memulihkan rangka tengkoraknya.

Proses pemulihan itu dilakukan dalam satu pembedahan menggunakan plat seramik yang disifatkan sebagai satu kejayaan besar.

Marc Morris, 59, menjalani pembedahan tersebut bagi mengelakkan bahagian otaknya menolak tempurung kepalanya.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu rebah dan tidak sedarkan diri di rumah mereka di Craven Arms, Shropshire pada September tahun lepas.

Morris sebelum itu sering mengadu mengalami sakit kepala dan menyangka ia disebabkan migrain atau Covid-19.

Beberapa hari selepas diserang strok, doktor menzahirkan kebimbangan mengenai otaknya yang semakin membengkak dan bagi mengatasi masalah yang lebih besar, pakar membuat keputusan mengeluarkan sebahagian tempurung kepalanya.

Morris menghabiskan masa selama tujuh bulan di hospital untuk rawatan namun dia sering terkena sawan dan perlu bergerak menggunakan kerusi roda.

Pada Jun lalu, pakar di Hospital Universiti Royal Stoke memulihkan semula tempurung kepalanya dalam pembedahan yang berlangsung selama enam jam dengan menggunakan plat seramik berteknologi tinggi.

Kini, Morris semakin sihat dan dia menzahirkan rasa syukur kerana mempunyai peluang untuk pulih dengan fizikalnya seperti biasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya