Taiwan bimbang latihan ketenteraan China

Taiwan bimbang latihan ketenteraan China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Peningkatan aktiviti ketenteraan China di sekitar Taiwan baru-baru ini dikhuatiri meningkatkan risiko situasi `tidak terkawal’ selain mencetuskan pertempuran tidak diingini.

Dua minggu lalu, puluhan jet pejuang, dron, kapal perang dan kapal pengangkut China, Shandong dilaporkan beroperasi berhampiran perairan pulau itu.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, China menjalankan banyak latihan ketenteraan di sekitar Taiwan dalam usaha menuntut kedaulatan terhadap Taipei.

Menteri Pertahanan Taiwan, Chiu Kuo-cheng mengakui bimbang dengan perkembangan semasa yang berlaku di negaranya.

Katanya, kapal perang dari Komander Teater Selatan dan Timur China beroperasi bersama di luar pantai timur Taiwan.

“Risiko aktiviti membabitkan pesawat, kapal, dan senjata akan meningkat serta kedua-dua pihak perlu memberi perhatian selain bersiap siaga,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan Taiwan, Sun Li-fang berkata, pasukan Komando Teater Timur China merupakan ancaman yang dikhuatitri boleh mencetuskan pertempuran.

Menurut Kementerian Pertahanan Taiwan, China biasanya menjalankan latihan berskala besar dari Julai hingga September setiap tahun.

Terdahulu, kementerian memaklumkan China sebahagian besar mengehadkan latihan ketenteraan, apabila hanya dua pesawat dikesan beroperasi di zon pertahanan udara wilayahnya dalam tempoh 24 jam. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya