Taiwan bakal guna dua kapal selam baharu mejelang 2027 - Utusan Malaysia

Taiwan bakal guna dua kapal selam baharu mejelang 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Taiwan berharap untuk menggunakan sekurang-kurangnya dua kapal selam baharu yang dibangunkan dalam negara menjelang 2027.

Negara itu juga berharap dapat melengkapkan model terbaharu kapal selam itu dengan peluru berpandu bagi mengukuhkan pencegahan terhadap Tentera Laut China dan melindungi talian bekalan utama.

Taiwan menjadikan program berkenaan sebahagian daripada projek untuk memodenkan angkatan tenteranya ketika Beijing mengadakan latihan ketenteraan hampir setiap hari bagi menegaskan kedaulatannya.

Presiden Tsai Ing-wen, yang memulakan program itu ketika memegang jawatan pada 2016 dijangka melancarkan kapal selam pertama daripada lapan kapal selam baharu di bawah rancangan yang menggunakan kepakaran dan teknologi dari beberapa negara.

Program itu adalah satu kejayaan untuk Taiwan yang terasing secara diplomatik.

Penasihat keselamatan Tsai, Laksamana Huang Shu-kuang yang mengetuai program itu berkata, kumpulan 10 kapal selam, termasuk dua kapal selam buatan Belanda yang dihasilkan pada 1980-an akan menyukarkan tentera laut China untuk mengunjurkan kuasa ke Pasifik.

“Jika kita boleh membina kapasiti tempur ini, saya tidak fikir kita akan kalah dalam peperangan,” katanya.

Shu-kuang berkata, kapal selam pertama dengan harga T$49.36 bilion (AS$1.54 bilion) akan menggunakan sistem tempur Lockheed Martin Corp dan membawa torpedo kelas berat MK-48 buatan Amerika Syarikat (AS).

Ia akan memasuki ujian laut pada bulan depan sebelum dihantar kepada tentera laut menjelang akhir 2024.

Untuk model seterusnya, Taiwan akan meninggalkan ruang untuk peluru berpandu antikapal.

Bagaimanapun, senjata itu bergantung pada ketersediaan pengeluaran di AS, di mana kapasiti sudah padat, kata Huang, tanpa menamakan syarikat yang mungkin terbabit.

Shu-kuang berkata, kapal selam diesel-elektrik Taiwan boleh menghalang China dalam rantaian pulau pertama, merujuk kepada kawasan dari Jepun melalui Taiwan, Filipina dan seterusnya ke Borneo yang meliputi laut pantai China. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya