Sudah 22 tahun serangan 9/11 berlaku, lebih 1,000 mangsa belum dikenal pasti - Utusan Malaysia

Sudah 22 tahun serangan 9/11 berlaku, lebih 1,000 mangsa belum dikenal pasti

ORANG ramai lari bertempiaran selepas satu daripada Menara Pusat Dagangan Dunia (WTC) runtuh akibat serangan pengganas pada 11 September 2001 di New York. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Lebih 1,000 mangsa masih gagal dikenal pasti ketika Amerika Syarikat (AS) memperingati ulang tahun ke-22 serangan 9/11, kelmarin.

Lapor agensi berita Xinhua, satu upacara diadakan di Memorial Muzium 11 September Kebangsaan di Lowe Manhattan, New York bagi memberi penghormatan kepada seramai 2,977 yang terbunuh dalam serangan tersebut.

Beberapa hari sebelum ulang tahun itu, identiti dua mangsa iaitu seorang lelaki dan wanita yang namanya dirahsiakan atas permintaan keluarga mereka telah diumumkan.

Dua identiti berkenaan mewakili mangsa ke-1,648 dan ke-1,649 yang dikenal pasti sejak 2001 menggunakan ujian lanjutan oleh Makmal DNA New York City, menurut kenyataan media pejabat Datuk Bandar pada Jumaat.

Bagaimanapun, sebanyak 1,104 mangsa iaitu kira-kira 40 peratus daripada mereka yang maut masih gagal dikenal pasti, katanya.

Bilangan responden pertama 9/11 yang telah meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan berkaitan Ground Zero hampir sama dengan bilangan responden pertama yang meninggal dunia semasa serangan.

“Apabila menara runtuh pada hari yang mengerikan itu, kami kehilangan 343 Anggota Bomba Bandar New York.

“Pada tahun-tahun berikutnya, lebih 341 lagi ahli FDNY telah meninggal dunia akibat kanser dan penyakit yang jarang berlaku disebabkan oleh habuk toksik di Ground Zero,” kata Persatuan Anggota Bomba Beruniform Greater New York menerusi catatan Facebook kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya