Singapura letupkan bom era Perang Dunia Kedua

Singapura letupkan bom era Perang Dunia Kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Pasukan tentera Singapura berjaya meletupkan bom era Perang Dunia Kedua seberat 100 kilogram (kg) yang ditemukan di sebuah tapak pembinaan di republik ini.

Letupan itu mengakibatkan bunyi ledakan kuat di negara itu sebelum pihak berkuasa memindahkan ribuan penduduk.

Lebih 4,000 penduduk dipindahkan dari kediaman berdekatan untuk melakukan letupan terkawal.

Letupan terkawal itu disifatkan sebagai latihan terbesar yang pernah membabitkan peninggalan Perang Dunia Kedua di Singapura.

Menurut polis, bom itu ditemukan pada minggu lalu di sebuah kondominium yang dalam pembinaan di pinggir timur laut Bukit Timah.

Kepulan asap memenuhi ruang udara ketika pasukan pakar pemusnah bom melakukan siri letupan itu.

Menurut wartawan AFP, sebelum letupan dilakukan, pegawai tentera dilihat meletakkan beg pasir di sekitar kawasan bagi menahan bunyi kuat letupan.

Dilaporkan, tentera membawa bom itu menggunakan jaring dari tempat ia ditemukan, sebelum dimasukkan ke dalam beg pasir, bagi meletupkannya.

Jalanan di sekeliling kawasan itu dikosongkan daripada kereta dan kepungan sepanjang 200 meter dipasang di sekeliling tapak bagi menghalang penduduk tempatan ketika letupan dibuat.

Polis memberi amaran kepada penduduk supaya tidak panik dengan bunyi letupan kuat itu, selain mengelak berada di kawasan berkenaan.

Sementara itu, media tempatan melaporkan peranti bom itu berkemungkinan mengandungi kira-kira 47kg bahan letupan yang cukup kuat untuk memusnahkan bangunan apartmen.

Dilaporkan, pesawat Jepun mula mengebom Singapura dan jajahan British pada 8 Disember 1941, sehari selepas serangan Tokyo ke atas armada Pasifik Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbor, Hawaii yang mendorong Washington ke dalam konflik.

Pengeboman semakin kuat pada Januari 1942 sebelum tentera Jepun mendarat di pulau itu pada 8 Februari dan menawannya selepas seminggu pertempuran yang memuncak dengan penyerahan pertahanan British Singapura.

Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa penemuan peranti yang tidak meletup di negara itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya