Siapa bakal warisi empayar RM9.9 bilion Mohamed Al Fayed?

Siapa bakal warisi empayar RM9.9 bilion Mohamed Al Fayed?

MOHAMED Al Fayed (dua dari kanan) bersama isterinya, Heini dan anak-anaknya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kematian bekas pemilik gedung beli-belah Harrods, Mohamed Al Fayed dijangka mencetuskan ‘pertikaian’ dalam kalangan anak-anaknya untuk mewarisi empayar bapa mereka yang bernilai 1.7 bilion pound (RM9.94 bilion).

Bagaimanapun, kekayaan jutawan itu perlu diagihkan kepada empat waris hasil perkahwinan isteri keduanya, Heini Wathen, 68.

Lapor Daily Mail, Mohamed dipercayai masih mempunyai jumlah aset luar biasa yang bernilai jutaan pound sebelum meninggal dunia.

Ia termasuk Hotel Rits di Paris dan sebuah rumah agam berhampiran Oxted, Surrey.

Pemilikan beramai-ramai dipegang menerusi amanah dan di beberapa kawasan percukaian termasuk Bermuda, Luxembourg dan Liechtenstein.

Oleh itu, amat sukar untuk mengetahui secara tepat jumlah kekayaan yang dimilikinya.

Teka teki berkenaan perlu dirungkaikan oleh keempat anaknya, Jasmine, 42, Karim, 39, Camilla, 38, dan Omar, 35, ketika empayar Mohamed diserahkan kepada ahli keluarganya.

“Namun, apa yang menyukarkannya adalah Omar dan Camila sudah terlibat dalam perebutan kuasa yang berakhir di mahkamah tinggi,” jelas laporan itu.

Dokumen mahkamah tinggi memaklumkan sekurang-kurangnya tiga ahli keluarga terlibat dalam pertikaian terbabit.

Media melaporkan pada perintah berkurung pertama tahun 2020, Omar sedang bersenam di gim kediaman milik bapanya di Surrey apabila dia, Wathen dan Camilla bertengkar.

Malah, dikatakan `pertengkaran fizikal’ antara Omar dan suami Camilla, Mohamed Esreb turut berlaku.

Siri tuntutan dan tindakan balas di mahkamah tinggi mendedahkan lagi perbalahan dalam kalangan ahli keluarga itu.

Dari segi aset, Mohamed merupakan pemilik pangsapuri mewah di Park Lane London dan Manhattan di New York.

Selain itu, sebanyak sembilan buah kereta Rolls-Royce, koleksi seni mewah dan patung Michael Jackson di Fulham FC merupakan antara harta milik Mohamed.

Mohamed meninggal dunia akibat uzur pada 30 Ogos lalu.

Beliau merupakan bapa kepada Dodi Fayed iaitu kekasih mendiang Puteri Diana yang maut dalam kemalangan ngeri di sebuah terowong di Perancis pada 31 Ogos 1997.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya